Friday, July 2, 2010

Wahai Adik-adikku.............

DI MANA SILAPNYA??

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Alhamdulillah, sy masih diberi kesempatan utk bernafas di muka bumi Allah.. dah lama tak mengupdate blog ini, sampai ada masa sy terlupa yg sy mempunyai blog..mungkin kerana sy tak bersedia utk berkongsi cerita di sini..tapi, pada post kali ini, sy berhasrat utk bercerita shj..bkn menuding jari atau bercerita dpd pengalaman orang lain yg sy gelar sahabat, tapi dari pemerhatian sy sendiri (ala-ala eksperimen sains pula-siap ada pemerhatian)...
Tetapi, hidup ini memang memerlukan pemerhatian..bukan apa, yg mana baik, kita jadikan panduan dan teladan..yg mana buruk kita jadikan sempadan agar kita tak buat benda yg sama yg boleh menjejaskan kehidupan kita..

Ok, sy terus ke cerita sy kali ini..tugas menghantar dan mengambil adik2 ke sekolah memang sudah menjadi tanggungjawab sy semasa cuti semester ini..kiranya, pak supir bertauliah jugalah sy ni, hihihi....tp, sy terima itu memang tanggungjawab seorang kakak dan anak..1 hari, sy ternampak ada seorang adik perempuan (sy gelar adik kerana mungkin dia sebaya adik sy, dlm lingkungan 11 atau 12 tahun) sedang bertepuk tampar dengan kawan lelakinya..

Waktu itu, sy berada dlm kereta untuk menunggu adik sy keluar dari kelas..sy hanya perhatikan shj adik perempuan itu yg lengkap berpakaian sekolah yg melambangkan dia adalah penolong ketua kelas- baju putih, tudung & kain warna hijau..yg peliknya, makin sy perhatikan, makin galak pula tawa dan tepuk tamparnya..adakah dia tidak sedar sy memerhatikannya ataupun dia sengaja buat2 tidak sedar agar sy mengerti bahawa seolah2 inilah dunia kegembiraan semasa usia kanak2 menjengah ke alam remaja..

Ya, sy faham kanak2 perempuan perasaannya tumbuh lebih cepat..tapi dik, tidak perlu ditunjukkan kemesraan itu berlebih-lebihan..sy lihat pula cara adik itu berpakaian..sy tak tahu sama ada mahu menyalahkan siapa dlm hal ini..ibubapanya atau adik perempuan itu sendiri.. tudungnya yg sedia melepasi bahu itu, diangkat dan dilipatkan di atas bahu..bajunya pula baju kurung yg pada pandangan sy telah di ‘alter’ agar ketat sedikit dan melihatkan susuk badan..aduhai dik, mak ayah tak tengok ke uniform adik ke sekolah??atau adik yg pandai2 alter sendiri pakaian itu?

Aduhai adik, tak malukah berpakaian begitu? Tidak malukah pada rakan2 yg melihat?


Aduhai adik, sedar atau tidak, cara berpakaian adik itu salah satu cara penyumbang kepada nafsu seorang lelaki utk melakukan kejahatan kpd adik??

Aduhai adik, adik tahukan apa hukumnya menampakkan susuk tubuh pada mata2 yg bkn hak??

Aduhai adik, berpakaian seperti itu seumpama mendekatkan diri pada zina sedangkan Allah sudah berfirman yg bermaksud: ‘jgn kamu hampiri zina....’ bukankah berpakaian ketat dan bertepuk tampar dgn bukan mahram adalah perbuatan yg menghampiri zina??

Aduhai adik, lantas jika terjadinya perbuatan zina itu, maka terhasil benih dlm rahim adik, bagaimana??harus diapakan bayi yg tak bersalah itu? Dibuang merata2 atau gugurkan ia sebelum dia membesar dgn sempurna dlm rahim adik?

Aduhai adik...jgn jadi manusia kejam yg meningkatkan statistik pembuangan bayi di Malaysia ini..saban hari telinga ini, mata ini didedahkan dgn berita bayi dibuang..sgt kasihan dan tidak terdetikkah rasa bersalah sedikit pun dlm diri insan yg bertanggunggjawab membuang bayi ini??

Aduhai adik, aduhai kakak, aduhai abang, aduhai ibu, aduhai ayah.....sama2 kita perhatikan anak2, adik2, diri kita sendiri agar tidak terjatuh pd jurang maruah paling bawah..di mana silapnya sampai begini sekali sikap org melayu-MUSLIM??

~ALLAHUAKBAR! Ya Allah Ya Rabb, tunjukkanlah jalan kebenaran, cahaya Islam yg sebenar ke hati2 kami agar kami tidak sesat dan ghairah dlm mengejar kesenangan hidup di dunia ini..wahai Tuhan yang Maha Pengasih......~

::kehidupan yg sementara ini untuk mencari kebenaran dan perjalanan untuk ke akhirat, bukan menjadikan hidup ini suatu kesukaran untuk beriman ::

No comments:

Post a Comment