Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum wbh...
Alhamdulillah, sy masih diberi ruang dan kesempatan oleh Allah utk bernafas di muka bumi ini, menghirup udara dan kebahagiaan yg Allah kurniakan utk semua hambaNya. Allah mengurniakan sy kekuatan jari jemari utk menaip, mencurahkan rasa dan idea utk mencoretkan pengalaman sy di sini. Segala pujian dan syukur kepada Allah Taala..
“tidak perlu menangis kerana sesuatu yg telah berlaku. Jangan biarkan air matamu menitis kerana sesuatu yg sia-sia. Segala sesuatu yg sudah luput dan berlaku tidak mungkin dikembalikan semula.”
Sahabat yg sy kasihi menangis lagi. Hatinya luka parah dan dia membiarkan hari-harinya berlalu dgn penuh kepura-puraan. Apabila berhadapan dengan ramai orang, air mukanya sentiasa manis dan senyuman sentiasa tersungging di bibirnya. Masalah yg melanda dirinya disembunyi jauh ke dalam hati, dan menjadi rahsia diri. Tidak dibenarkan seorang pun menyelami rasa hatinya. Namun, luka di hatinya makin dalam......
Sungguh, dia tidak dapat melupakan rasa hatinya kepada ‘adam’ tersebut. Dalam doa dan sujudnya, nama ‘adam’ tersebut tidak luput dari sebutannya. Semoga ‘adam’ itu beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Mulia sungguh hatimu sahabat. Semoga Allah merahmatimu dan memberikan yg terbaik utkmu wahai sahabat.
Apa yg boleh sy lakukan lagi? Sy cuba menjadi pendengar yg baik, mempraktikkan teknik2 pendengaran aktif yg telah sy pelajari sejak sekolah lagi. Sy cuba memahami hatinya, meletakkan diri pada tempatnya dan membayangkan emosinya. Namun, ada ketika dan saatnya dia meluahkan rasa hatinya kepada saya, air matanya luruh lagi.. Ya Allah, sangat berat dugaan yg Engkau berikan pada sahabatku ini.
Saat dia menangis di bahu sy, sy cuba tiupkan kata2 semangat ke dalam dirinya agar dia dapat melalui ujian ini dengan tabah dan redha. Sahabatku, yakinlah pada Allah, sesungguhnya Dia tidak akan membebankan hambaNya dengan dugaan yg tidak mampu engkau tanggung. Jika Dia menguji engkau, bermaksud Dia menyayangimu dan mahukan engkau kembali kepadaNya..Allah amat suka mendengar hambaNya merayu, meminta pertolongan dariNya dan membenci pada mereka yg sombong.
Yakinlah wahai sahabat, percayalah wahai sahabat! Satu hari nanti kau akan ditemukan dengan ‘adam’ yg lebih baik, lagi kuat amal agamanya yg insyaAllah akan dapat membimbingmu dan zuriatmu ke jalan yg diredhai Allah dunia dan akhirat.. ketahuilah wahai sahabat, Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah:216, yang bermaksud “boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
InsyaAllah sahabatku, doa dan bergantung harap pada Allah adalah penyelesaian terbaik. Pintalah ketenangan hati kepada yang Maha Esa. Hanya Dia yg dapat membantumu. Sy tetap berdiri di belakangmu, menyokongmu dengan kuat agar engkau tidak rebah dek perasaan dan air mata. Bangkitlah! sy mahu melihat sahabat sy yg dulu, kuat dan tidak mudah menumpahkan air mata. InsyaAllah, persahabatan yg kita bina ini akan berkekalan dan penuh dengan kasih sayang selagi Allah memberi kita kesempatan utk bernafas.......
~wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut pada kecantikan atau lirikan senyuman, pada bicara yg menggoda dan pujuk rayu seorang wanita yg meruntuhkan imannya.. sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.. andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa adam yg engkau tunggu itu sedang membina sahsiah kepimpinan bagi memimpin dirimu.. kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan dan adam yg benar2 layak pasti akan hadir utk melengkapkanmu~
No comments:
Post a Comment