Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbh...
dah lama sy tidak mengupdate blog ini...bukan ketiadaan idea, tapi kekangan2 masa yg amat memburu sy..bnyk perkara yg menuntut masa dan ruang utk diteliti..hidup sbg pelajar, anak dan hamba Allah, bagi sy sangat menyeronokkan..ketawa, menangis bersama2 dgn sahabat yg mengerti adalah momen2 indah dlm hidup yg akan dikenang sampai bila2..ok,rasanya dah panjang sy melalut ni..maaf..
pilihan sy kali ini adalah berkenaan hati dan perasaan seorg wanita..bukan utk bercerita tentang diri sy, tp pengalaman dari seorang sahabat, yg sy kira amat bernilai..setelah berbual, menyelami hatinya, sy mengerti dgn situasi yg dihadapi..
PERMULAANYA begini...seorang sahabat sy, yg menjaga batas2 pergaulannya dengan muslimin,sangat keras hatinya untuk menerima cinta seorang adam dlm hidupnya-sy bukan bermaksud bahawa dia seorang yg tidak percaya kpd nilai kasih syg dan cinta sesama manusia,tetapi dia sangat menyampah apabila orang bercakap tentang hati dan perasaan kepadanya..selalu sy dengar dari mulutnya, dia tidak suka perempuan menangis sebab lelaki, nmpk sangat bahawa wanita itu lemah..lagipun air mata itu tak perlu dibazirkan hanya kerana lelaki..lebih baik air mata itu digunakan utk menangisi akan dosa2 lampau dgn harapan mendapat keampunan dari-Nya..
cerita ini adalah sy dpt dari tuan empunya badan, tidak ada yg sy tokok tambah sedikit pun..dia menceritakan kepada sy bahawa dia MUNGKIN telah tertarik kepada seorang lelaki.. dia tidak mengerti apa maksud perasaannya itu..mungkin perasan biasa atau pun meminati?
dia tidak percaya pada frasa kata 'cinta pandang pertama',namun dari sehari ke sehari dia sentiasa memerhatikan lelaki itu..tidak ketelaluan sy katakan di sini bahawa, wajah sahabat sy itu amat berseri2 jika dapat melihat lelaki tersebut..tidak pernah sy lihat dia segembira itu..alhamdulillah, mereka hanya berjumpa di dalam kuliyah2 keagamaan, dan tidak pernah bertegur sapa.. sy kira lelaki itu pun tidak perasan akan kehadiran sahabat sy ini..
tp, sahabat sy tidak pernah putus asa, dia sentiasa berharap akan berjumpa lelaki tersebut di mana2 sahaja..alangkah, dia sungguh2 memerhatikan lelaki tersebut..ingin sy nyatakan di sini bahawa dia meminati seorang yg bukan calang2 orangnya..mungkin sestengah org akn ckp, 'ala biasalah, minat kat org yg jawatan dan pangkat.'tetapi, sy amat mengenali sahabat sy ini..biarpun dideretkan di hadapannya muslimin yg sama pangkat dan jawatan seperti lelaki yg diminatinya, dia tidak akan TERminat.kerana dia adalah dia..dia berada dlm kelompok yg tersendiri sebagai seorang muslimah..
sahabat sy mengaku dengan tulus ikhlasnya di hadapan sy, bahawa dia kalah pd air mata..dia menangis buat pertama kalinya kerana lelaki dlm doanya..tidak malu2 dia menitiskan air mata pd saat dia mengadu kpd Allah..dia bertanya kepada sy, 'salahkah dia berdoa pd Allah utk minta jodoh dgn lelaki tersebut? lelaki tu perasan atau tidak kehadirannya? atau, boleh tak dia minta pd Allah, jgn biarkan lelaki tersebut berkahwin dgn org lain, tetapi hanya dengan dia?'
Dalam hati sy.......masyaAllah, sahabatku ini dah benar2 parah..tak pernah sy melihat dia kesedihan begini..sy hanya dpt menenangkan hatinya dgn kata2 dan memberi dorongan semangat..tidak ada lagi perkara lain yg mampu sy lakukan..
TAPI kini, sahabat sy mendapat tahu bahawa lelaki yg dia minati itu akan mendirikan baitul muslim dlm waktu terdekat ini..kecewa,air matanya keluar lagi tanpa segan silu di hadapan sy.. Ya Allah, apa yg perlu sy lakukan utk memujuk hatinya yg rawan?
sy dapat lihat perubahan2 dlm dirinya..dia berusaha menjadi terbaik utk mendapatkan bakal suami yg terbaik..dia sering mengatakan pd sy bahawa 'kalau aku nk dapat suami dan zuriat yg soleh, aku kena berusaha untuk jd solehah jugak.daripada sekarang, aku try untuk buang mana2 perangai aku yg x elok,supaya nanti tak adalah perangai yg tak elok ni menurun pd anak2 aku...'solatnya juga makin panjang, doa dlm sujudnya juga makin panjang..dalam diam, sy kagum dgnnya..semangatnya sgt kuat untuk bangun dari perasaan itu..insyaAllah, sahabatku...kau akan dapat yg terbaik buat dirimu kelak, yg akan dapat membimbing engkau dan anak2mu ke jalan yg Allah redhai dunia akhirat..banyakkan berdoa, dan berusahalah menjadi yg terbaik..izinkan aku memegang tanganmu dan meminjam kekuatan yg Allah berikan padamu agar aku turut sama kuat menghadapi ujian ini bersama2mu..terima kasih sahabat kerana memberi aku peluang dan ruang utk menyelami hatimu..
~Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan dan zuriat sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami imam pada orang2 yang bertakwa..~amin...
dhrap smga sahabat mu i2 tbah mghdapi sgale ujian yg mndtg... bknkh Dia sgaja mguji kte spaya kte dkat dg-Nya.... sy sndri prnah mrasai nye.... bezanyer sy sdh brknln dg insan i2... hanya Dia Yang Maha Mengetahui brtapa sakit nyer hati ini... ttp.... slps dfkr blk... sy brsyukur sgt2 kerana Dia mash mnyayangi sy n dbri ptunjuk-Nya kpa hamba-Nya yg srba kkrangn ini.... hati ini lbh tenang tanpa dia n hanya cinta dr Yang Maha Esa yg sy inginkn...
ReplyDeleteMemang tidak dinafikan untuk memiliki&memberi cinta yang abadiadalah amat payah dab sukar..namun kite sebagai hmba-Nya perlu beringat dalam melakukan apa jua perkara niat amatla penting..dalam kes kwn mu ini,perlu la mengetahui setiap yg diciptaNya mempunyai pasangan masing2x..dan jodohnye tetap ada..malahan usaha juga perlu dilakukan...doa adalah cara mujarab dan ubhla diri menjadi lebih baik dan disayangi olehNya agar ALLAH S.W.T akn lebih menyayangi kite dan mengurniakan pasangan yang lebih bek dr kite ingini..teman ingatla..stiap yng kite lakukan perlu mengetahui ALLAH s.w.t telah aturkannye..jd bykkan bersabar..sekiranya die bukan jodoh kita terimanya dengan syukur kerana mungkin ALLAH S.W.T telah menciptakan insan yang lebih baik untuk dirimu...insyaallah....:)
ReplyDelete