Wednesday, August 25, 2010

Ramadahan Kareem _versi kanak2 dan ibubapa

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
assalamualaikum waramatullah...

Alhamdulillah, bertemu Ramadahan lg dlm usia yg sudah menginjak ke 21 tahun.. masih diberi peluang kesihatan tubuh badan utk meningkatkan ibadat dlm bulan yg penuh mulia dan keberkatan ini..tarawikh malam ke-16, bermula qunut dlm witir..terasa amat cepat masa berlalu sampai tak perasan dah setengan bulan kita berpuasa..sy masih lg tertanya2, cukup atau tidak bekalan Ramadhan sy utk dipersembahkan pd Allah??

menjalani kehidupan di kampus sepanjang Ramadhan ini, pengalaman yg amat menarik..sahur, iftar dan tarawikh secara berjemaah menjadi rutin harian dan terasa amat pelik jika ditinggalkan sehari..dalam pada itu, assignment, test dan quiz yg berderet2 juga amat menguji kepantasan dan kecekapan mengatur masa..

test yang diberitahu secara mengejut, assignment yg tiba2 je ada..Allah, rasa tak termampu utk menyiapkan semua..tapi insyaAllah, dgn keberkatan bulan Ramadhan dan pertolongan dari Allah, semuanya akan berjalan dgn baik..insyaAllah..tengahari yg baru berlalu tadi, selesai satu test-physical chem..jumaat akan dtg, quiz analysis pula..hujung minggu yg sepatutnya sy habiskan masa bersama keluarga, terbantut sebab perlu ke kursus wajib pergi..isnin mggu depan sekali lg test-spectroscopy yang sy masih belum buat revision(tp blogging sempat pulak ye!) rabu pun ada test sebelah malam-analysis chem pula..lab report mggu depan, turn sy pulak kena buat..wah, baru sy perasan bnyk rupa2 nya keje yg menunggu..assignment yg sy target perlu hantar sebelum cuti raya, rasenya terpaksa ditangguh selepas cuti raya..atau pun, hantar masa cuti..nasib baik juga rumah dekat dgn kampus, boleh berulang..

ok, panjang pula sy cerita tentang tugasan..skrg tentang tarawikh pula..seperti biasa, setiap malam bersama sahabat2 sy, kami akan berjemaah di masjid sultan ismail, UTM..apa yg sy hendak tekankan di sini ialah, ramai ibu2 yg beranak kecil membawa anak2 semasa bertarawikh..tapi, semasa solat, anak2 kecil yg belum mengerti apa2, akan bermain dan membuat bising..sy hairan, ibu2 tak berpesan pd anak2 kah supaya mereka jgn buat bising semasa org lain solat?
mugkin ayat sy agak pelik, tapi kalau anak2 itu dah diasuh daripada kecil di rumah untuk diam dan hormat org yg sedang solat, tidak pelik jika anak2 itu boleh diam..bagi sy, daripada ibu2 itu nk mengejar pahala berjemaah tarawikh di masjid, lebih baik mereka tarawikh di rumah sahaja..lebih afdhal, dan tak mengganggu orang lain utk solat..adakah mereka tak sedar, kalau jemaah lain marah pada kebisingan yg dibuat anak2 mereka, mereka juga turut dapat saham?

terus terang, sy agak geram dgn kanak2 nakal khususnya anak2 foreigner yg suka2 hati utk melintas dan bermain di hadapan saf jemaah..apa, ibu dan ayah mereka tidak mendidikkah supaya jgn lalu di hadapan org yg sedang bersolat??sy juga mempunyai anak saudara yg baru berumur 3 dan 5 tahun, tp mereka tidak pula suka2 hati bermain di hadapan kami jika berjemaah di rumah..padahal, fitrah kanak2 itu sama shj, suka bermain..cumanya, terpulang pd ibu bapa utk mendidik anak2 supaya hormat org yg sedang bersolat..

sungguh, anak2 itu ibarat kain putih..ibu bapa lah yg mencorakkan mereka menjadi Islam, yahudi atau nasrani..ibu bapa yg mencanting corak di kain putih utk dijadikan batik atau sutera..sungguh, sy terkesan dgn ayat seorang 'adam' ~ pendidikan anak-anak bermula sejak daripada bagaimana kita memilih ibu kepada mereka..itu bagi pandangan pihak adam..kami di pihak hawa ini,perlu memilih ayah yg baik utk anak2..makanya, lelaki dan wanita itu adalah elemen yg saling melengkapi utk menghasilkan zuriat yg baik akhlak dan budi pekertinya..anak2 adalah cerminan ibubapa itu sendiri..

maafkan sy andai apa yg sy lontarkan ini tersalah atau mengguris hati mana2 pihak, tapi inilah lumrah kehidupan..Allah telah menjanjikan bahawa lelaki yg baik adalah utk perempuan yg baik..sama2 kita memperbaiki diri utk dapat yg terbaik utk diri dan seterusnya keturunan kita..amien ya Rabb..

1 comment:

  1. ehm nampaknye cik cahya sungguh marah..mengikut psycology mungkin cara didikan ibu bapa berbeza...namun ibu bapa perlu mendidik adab2x dari mereka kecil lagi walaupun hakikatnye mereka ingin anak mereka bebas belajar sendiri,memang didikan ibubapa foreingner biasanyer mengamalkan didikan bebas iaitu tidak marah dan mengukuhkan dengan kasih syg tanpa berlaku teguran seperti ibu bapa kalangan owg melayu marah itu sudah menjadi satu simbolik untuk menegah anak mereka...jd tepuk dada tanya hati..hehe

    ReplyDelete