Tuesday, March 23, 2010

aduhai wanita

assalamualaikum wbh....

wahai wanita hiasan dunia,
permata indah yg telah Allah ciptakan
daripada tulang rusuk adam
yg paling bengkok......

kenapa sy memulakan dgn bait2 kata ini?
mungkin utk menyedarkan diri sy sndri, bahawa sy tercipta daripada tulang rusuk lelaki,bkn dari kepala utk dijunjung, bkn dkt dgn kaki utk dialasi tetapi dekat di hati utk disayangi...
sedarlah wahai saudara2 ku, sy amat menyayangi kamu semua..sayang yg teramat sangat dan tidak sanggup melihat kamu semua terkapai2..


maaf andai kata2 ini bakal mengguris hati mana2 pihak..sy selaku insan biasa, tidak lepas dari melakukan kesilapan..tetapi, sy perlu meneruskan tulisan ini..daripada hati yg tulus ikhlas, penuh kasih sayang buat wanita di luar sana...sy tidaklah sempurna mana, tetapi sntiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yg lebih baik..


MASALAH BERMULA apabila......
wanita Islam tidak mengamalkan cara hidup Islam yg sebenar..
apa maksud cara hidup Islam yg sebenar?
cukupkah sekadar solat, puasa dan rukun Islam yg 5?
bagaimana pula dgn perkara2 sampingan?
yg dharuriyyat itu sudah tentu, tetapi yg tahsiniyyat pula bagaimana?


PERSOLAN......
ok, cukup dahulu soalan di atas..fokus utama sy di sini ialah aurat wanita..
wahai wanita2, sedar atau tidak kamu semua bahawa aurat wanita itu WAJIB ditutup seluruh badan kecuali tapak tgn dan muka shj?sy yakin dan pasti bahawa ramai yg sudah tahu akan perkara ini..namun, mungkin ada yg lupa atau buat2 lupa dgn syariat Allah ni..m'jd tanggungjawab sy utk mengingatkn kamu semua semula..

sering kita lihat kebelakangan ini, ramai yg bertudung tetapi, berpakaian sendat dan ketat sehingga menampakkan segala yg ada di badan sendiri pd mata awam..tidak malukah kalian memakai pakaian yg sebegitu?di mana maruah seorang wanita Islam terletak??tolonglah...sy sbg seorang wanita sendiri merasa malu melihat kaum sejenis sy b'pakaian sedemikian..kamu tidak rasa malukah apabila mata2 nakal menjeling pada kamu melihat susuk tubuh kamu yg mengghairahkan??kamu tidak rasa bimbangkah akan diapa2 kan oleh org yg kuat nafsunya??masya-Allah, mnta dijauhkan dari zuriat dan keturunanku ya Allah..

sy hairan dan pelik melihat wanita2 ini dengan selamba mengenakan seluar ketat dan tshirt atas punggung..selesakah kamu b'jalan sebegitu?sy yg melihat, sendiri rasa terseksa melihat kamu b'jalan..sgt2 menyekat pergerakan..perlukah berpakaian ketat?Islam tidak melarang kamu hendak bergaya, tetapi pastikan ia longgar, tidak jarang, dan dapat menutup keseluruhan auratmu..apa kamu ingat menutup aurat itu, hanya dengan memakai tudung?so, selepas bertudung, kamu boleh dgn sewenang2nya berpakaian ketat? boleh sy tahu dari mana kamu belajar tu? seingat sy, sejak zaman sekolah rendah lg, ustazah dah terangkan mengenai aurat wanita..memang termasuk dlm syllabus sekolah rendah.maka, mengapa boleh timbul isu pakaian ketat ini?

sy teringat kisah beberapa minggu lepas, di dlm lecture organic chemistry, pensyarah sy sndiri sound direct pada kami sekelas..kata beliau, "kenapa yg lelaki dh pakai shirt kolar bulat dgn berselipar shj dtg kelas?yg perempuan pulak pakai baju ketat2, nmpk pusat, bongkokkan badan sikit je dh nmpk belakang.awak nk sy halau dari kelas?dh tak nak ikut peraturan u skrg ni?"....zuppppp!!menusuk ke dalam ht saya..malu, sungguh malu apabila dikatakan begitu..bayangkan, seorang pensyarah yg blh sy anggap sbg ibu, menegur anak dalam kelas straight to the point??mungkin sy aje yg berperasaan lebih, bg org lain tidak terasa apa..sungguh, wanita zaman skrg, jgn memalukan diri sendiri..memang polisi u, berpakaian sopan ke kuliah..bg lelaki, sy tidak mahu komen apa2..yg perempuan pula: bagaimana tatacara berpakaian sopan??dengan tshirt atas punggung, tudung yg pendek dan seluar yg ketat?

senang cerita dan ayat pasarnya, pakai baju budak umur 3 tahun bg wanita2 berumur 20-an??logikkah begitu?setahu sy, malaysia mempunyai stok kain yg cukup bnyk..tak perlu sy kemukakan statistik, lihat shj sekeliling kita..banyak kedai baju, bersepah2 di mana shj..pilihan di tgn kita, sama ada mahu membeli baju yg mengikut usia kita atau baju untuk budak berusia 3 thn..tolonglah wahai kaum sejenisku, peliharalah malumu untuk dirimu, agamamu dan suamimu..andainya semua yg kamu miliki telah dipertontonkan kpd awam, apa lagi yg tinggal utk suamimu nanti?

bukan itu shj, kehidupan di hostel juga ingin sy fokuskan di sini..wajarkah wahai wanita sekalian, kamu memakai baju yg seksi walaupun di dlm blok? tidakkah kamu tahu bahawa aurat sesama wanita itu adalah dari lutut hingga ke pusat?tetapi dari pemerhatian sy sepanjang menjadi warga hostel,aduuuhhhh...amatlah sakit mata sy melihat..perlukah kamu memakai baju seperti tidak berpakaian?dgn seluar pendek yg.....ya Allah, malu utk sy nyatakan di sini..dgn baju yg kecil dan singkat..adakah memang kamu semua berniat utk buat free show sesama sndri?malulah wahai kaum sejenisku...di mana maruah kamu sebagai wanita??tidak cukupkah bekalan ilmu yg telah ibubapa kita berikan sejak dari kecil?ataupun, kamu memang sudah terbiasa berpakaian begitu di rumah, maka di hostel, kamu tidak segan silu berpakaian demikian?

persoalan yg sntiasa bermain di fikiran sy: tidak malukah kamu berpakaian begitu di hadapan ayah dan adik beradik lelaki kamu yg lain?walaupun mereka mahram kamu, tetapi, tetap ada batasan aurat antara kamu dan mereka semua..MALU, MALU, MALU........

RUNGKAIAN...
sungguh, wanita memang hiasan dunia yg cantik..tetapi secantik manakah kita di sisi Allah??Allah tidak menilai kita melalui pakaian yg mahal2, muka yg cantik, tubuh badan yg dapat menarik perhatian kaum lelaki tetapi melalui amal perbuatan kita, akhlak yg kita pelihara, sejauh mana kita mentaati perintah Allah..sama2lah kita renungkan di mana kita di sisi Allah..berpakaianlah wahai wanita dengan seelok2 pakaian bukan dengan sesingkat2 pakaian..